Sunday, May 31, 2020

updated 1:53 PM UTC, May 31, 2020

COVID-19: Empat sub kluster dikenalpasti

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 13 April - Kementerian Kesihatan Malaysia mengenalpasti empat sub kluster COVID-19 melibatkan madrasah dan tahfiz di beberapa negeri yang dikaitkan dengan perhimpunan tabligh di Seri Petaling.

Ketua Pengarah Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat sub kluster itu adalah madrasah di Jerantut, Pahang, Penanti, Pulau Pinang; Sungai Lui, Selangor dan Jasin, Melaka.

"Di Madrasah di Jerantut, seramai 401 pelajar dan individu disaring.

"62 daripadanya telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan dan 20 kes telah sembuh.

"Sementara itu di Madrasah Penanti pula, 291 orang disaring dan enam daripada didapati positif. Dua lagi masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar," jelasnya.

Dalam pada itu, 282 individu disaring di Madrasah Sungai Lui dengan 90 daripadanya positif dan dirawat di Hospital Sungai Buloh Pusat Kusta Negara.

"67 orang telah sembuh setakat ini.

"Di Madrasah di Jasin, 37 orang positif daripada 137 yang disaring dan seorang daripadanya telah sembuh," jelasnya.