Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Sukan Ekstrem Kanu Tarik Minat Anak Muda

Kuala Lumpur - Sambutan golongan remaja terhadap aktiviti sukan kanu di negara ini semakin meningkat biarpun sukan lasak itu tidak begitu menonjol berbanding sukan lain.

Menurut Presiden Persatuan Sukan Kanu Kuala Lumpur Raja Shahrul Azremel , ramai anak muda yang berminat untuk menyertai sukan ekstrem ini tetapi tidak mengetahui ke mana harus dituju.

Beliau ditemui selepas majlis perasmian Kejohanan Kanu Jemputan Kuala Lumpur 2015.

Kejohanan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tersebut dirasmikan Pengerusi Lembaga Pelesenan Eksais Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk P. Gunaseelan.

Sebanyak enam negara menyertai kejohanan sukan ekstrem air itu -- Thailand, Singapura, China, Taiwan, Indonesia dan Malaysia.

Rata-rata peserta yang terlibat terdiri daripada peserta separa profesional dan profesional.

Kejohanan yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, di sini berlangsung selama empat hari bermula Khamis lalu sehingga Ahad ini.