Sunday, May 31, 2020

updated 1:53 PM UTC, May 31, 2020

PKP: Peniaga bijak, usaha perniagaan dalam talian

  • Published in Ekonomi


KUALA TERENGGANU, 12 April -
Pengusaha keropok lekor ikan segar menggunakan kaedah perniagaan dalam talian bagi memenuhi permintaan pelanggan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Beberapa peniaga yang ditemui berkata, mereka menggunakan beberapa kaedah untuk memenuhi permintaan pelanggan termasuk perniagaan dalam talian.

Kesukaran pelanggan untuk mendapatkan bekalan keropok juga membuatkan menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah.

Sepanjang tempoh PKP ini juga mereka tidak dapat menghasilkan keropok dalam kuantiti yang banyak seperti kelaziman.

Ini berikutan kesukaran untuk mendapatkan bahan mentah ketika ini.