Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Jaguh tenis, Roger Federer tarik diri daripada kejohanan Paris Masters

  • Published in Sukan

LUAR NEGARA - Jaguh tenis, Roger Federer menarik diri daripada kejohanan Paris Masters untuk memberi fokus kepada persediaan tahun hadapan.

Federer yang juga pemain nombor tiga dunia merangkul gelaran ke-10 Basel pada Ahad namun membuat keputusan untuk tidak menyertai acara final Masters musim ini di Bercy Arena.

Federer mendakwa terpaksa tarik diri daripada kejohanan terbabit kerana berhasrat untuk bermain selama mungkin dalam jejalah ATP.

Justeru, beliau perlu menjaga diri dan kesihatan bagi memastikan prestasinya sentiasa berada di tahap optimum.

Federer turut meminta maaf kepada para peminatnya atas tindakan tersebut.

Beliau bagaimanapun berjanji untuk beraksi tahun hadapan di Roland Garros.

Pengarah perlawanan, Guy Forget kecewa dengan keputusan saat akhir dilakukan Federer.

Pemain berusia 38 tahun itu sudah memaklumkan yang dia mungkin tidak menyertai perjalanan ke ibu kota Perancis selepas menewaskan Alex de Minaur di gelanggang dalam dewan Switzerland.

Federer kembali ke Paris Masters tahun lalu buat kali pertama sejak tahun 2015 dan mara ke separuh akhir di mana dia tewas tiga set kepada Novak Djokovic, yang hadir sebagai pilihan utama di depan Rafael Nadal untuk saingan di ibu kota Perancis itu tahun ini.