Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Saingan Moto2, Hafizh Syahrin Abdullah optimis tingkatkan prestasi bersama pasukan baharu Angel Nieto

  • Published in Sukan

SHAH ALAM - Selepas mengumumkan akan kembali dalam saingan Moto2, pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah optimis akan meningkatkan prestasinya bersama pasukan baharu Angel Nieto.

Beliau yakin, jentera baharunya nanti memiliki kehebatan tersendiri dengan penggunaan casis Speed Up.

Beliau ditemui media pada perlawanan bola sepak persahabatan MotoGP antara Litar Antarabangsa Sepang (SIC) One Star dan pasukan Pescao Roska di Stadium Shah Alam.

Perlawanan berkesudahan dengan 5-3 memihak kepada SIC.

Ia turut disaksikan lebih 100 penonton dan peminat sukan permotoran.

Antara pelumba lain yang menyertai perlawanan itu Maverick Vinales, Khairul Idham Pawi, Fabio Quartararo, Franco Morbidelli serta Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali.