Monday, August 21, 2017
vital-top
updated 4:33 AM UTC, Aug 21, 2017

Tidak Perlu Politikkan Penyertaan Khairy Dalam Pasukan Polo - GAUM

KUALA LUMPUR - Penyertaan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam pasukan polo negara ke temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 perlu dilihat dari sudut positif, kata Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) Datuk Zulkarnain Mahdar.

Beliau dalam kenyataan berkata daripada mempolitikkan perkara itu, masyarakat sepatutnya melihat penyertaan Khairy sebagai wadah serta pemangkin semangat untuk rakyat Malaysia bersukan dan menjaga kesihatan.

Beliau berkata matlamat besar Sukan SEA atau sukan lain di seluruh dunia adalah bagi memupuk semangat kesukanan dan penyertaan Khairy perlu disokong sepenuhnya tanpa mengira fahaman politik.

Datuk Zulkarnain turut berpendapat sebarang cabaran untuk mempelawa skuad polo kebangsaan bertanding bagi menilai prestasi mereka dengan bermatlamat untuk mencari kelemahan, perlu diabaikan.

((BERNAMA))