Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

Tiada Penganjuran Grand Prix Britain Selepas Tahun 2019 - BRDC

LONDON - Litar F1 Silverstone tidak akan menganjurkan Grand Prix Britain selepas tahun 2019, melainkan pihak pengurusan litar itu mendapat tawaran kewangan yang lebih baik daripada pihak F1.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh pemilik Silverstone, British Racing Drivers' Club (BRDC) .

Kenyataannya menyebut, perlumbaan itu tidak akan diadakan, melainkan kontrak 17 tahun yang dimeterai dengan Liberty Media, disemak semula.

Semasa kontrak asal itu ditandatangani pada tahun 2010, Liberty Media belum lagi menjadi pemilik F1.


((AFP))