Monday, August 21, 2017
vital-top
updated 4:33 AM UTC, Aug 21, 2017

THE TITANS Lepasi Saat Sukar Berdepan Kelantan

KUALA TERENGGANU - The Titans melepasi episod kesukaran mereka dalam usaha memungut mata kemenangan walaupun terpaksa berdepan pelbagai tekanan pada awal permainan.

Pengendalinya Rahmad Darmawan berkata selepas pasukan lawan, Kelantan menjaringkan satu gol, pemainnya seolah-olah hilang punca dan tahap keyakinan semakin merundum.

Berikutan itu, beliau terpaksa membuat penggantian pemain bagi menghasilkan serangan yang lebih baik dan segera mengatasi kelemahan itu.

Beliau berkata selepas tamat perlawanan, di sini, malam tadi.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah T-Team mengumpul tiga mata penuh selepas menundukkan Kelantan 3-1.

Pasukan pelawat memperoleh gol awal pada minit ke-63 menerusi Mohd Khairul Izuan Rosli sebelum Dilshod Sharofetdinov menyamakan kedudukan di minit ke-79 dan Muhammad Fauzi Abdul Kadar dan Joseph Yannick Ndjeng menambah jaringan dalam minit ke-84 dan 86.

Rahmad berkata bukan mudah untuk menyuntik semangat pemain selepas dua kali mencatatkan kekalahan dan satu seri.

((BERNAMA))