Wednesday, November 20, 2019
updated 12:14 PM UTC, Nov 20, 2019

Kontijen Boling negara terpaksa akur tamat cabaran di kedudukan kedua pingat perak bagi acara berpasukan wanita

  • Published in Sukan

KUWAIT - Kejohanan Boling Asia ke-25 2019.

Selepas merangkul dua pingat emas, kontijen negara terpaksa akur menamatkan cabaran di kedudukan kedua pingat perak bagi acara berpasukan wanita tewas kepada juara bertahan, Korea Selatan.

Bagi acara berpasukan wanita ini, skuad negara beraksi baik apabila berjaya mendahului di block pertama dan memberi gambaran awal untuk menidakkan penguasaan juara bertahan Korea Selatan.

Tetapi Sin Li Jane, Esther Cheah, Siti Safiyah Amirah, Nur Syazwani Sahar dan Shahlin Zlkifli tidak berupaya beraksi baik di block kedua hanya mencatat enam ribu 825 jatuhan pin dan terpaksa berpuashati di tempat kedua dengan pingat perak.

Sementara, pasukan Korea Selatan bangkit di block kedua untuk mencatat keseluruhan tujuh ribu 45 jatuhan pin untuk pingat emas.

Sementara, pasukan Taiwan menamatkan cabaran dengan pingat gangsa mencatat enam ribu 781 jatuhan pin memintas China yang hanya melakukan enam ribu 671 jatuhan pin.