Sunday, May 31, 2020

updated 1:53 PM UTC, May 31, 2020

Usahawan IKS perlu manfaat peluang jaringan internet

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 11 April - Tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April tidak dapat dinafikan, bakal memberi kesan lebih besar kepada para usahawan.

Sekalipun industri perlancongan dikatakan paling terkesan dengan terjejasnya sektor penerbangan dan logistik, namun bagi usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) situasi itu membimbangkan.

Menurut Ketua Pegawai Strategik Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Fadzli Shah Anuar, usahawan IKS perlu menggunakan peluang jaringan internet bagi memulakan perniagaan secara digital.

Beliau meminta pengusaha terutamanya yang berada di luar bandar untuk menambah pengetahuan mengenai perniagaan digital memandangkan pembeli dan pengguna kini dilihat menyokong usaha penjualan secara dalam talian.

Segala maklumat dapat diperolehi menerusi laman web MDEC.my atau hubungi talian 1 800 88 8338.