Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 9:06 AM UTC, Oct 19, 2017

Karolina Pliskova Bakal Dinobat Pemain Tenis Wanita NO 1 Dunia

LONDON - Karolina Pliskova bakal dinobatkan pemain tenis wanita nombor satu dunia, meskipun tersingkir seawal pusingan kedua di kejohanan Wimbledon, selain tidak pernah memenangi gelaran Grand Slam.

Ranking bintang Republik Czech berusia 25 tahun itu melonjak dari kedudukan ketiga, berikutan kekalahan pemain nombor dua dunia, Simona Halep di Suku Akhir.

Ditambah kegagalan pemain nombor satu dunia ketika ini, Angelique Kerber melepasi pusingan keempat, mata yang dikumpul Pliskova selepas mara ke pusingan kedua, sudah cukup untuk membantunya menduduki ranking paling atas.

Sekali gus, mencatat sejarah sebagai pemain nombor satu dunia yang tidak pernah merangkul sebarang kejuaraan dalam mana-mana empat kejohanan besar dunia.


((AFP))