Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Terbuka Australia - Djkovic Ketuai Senarai Pemain Pilihan

Melbourne - Pemain nombor satu dunia ATP Novak Djokovic, mengetuai cabaran di pusingan kedua selepas mengalahkan pemain Korea Selatan, Chung Hyeon dalam penentuan tiga set 6-3, 6-2, 6-4 di Rod Laver Arena. 

Ia merupakan langkah kanan buat pemain pilihan utama itu mempertahankan kejuaraan buat kali keenam di Terbuka Australia. 

Mengikut jejak langkah Djokovic adalah pilihan ke-2, Roger Federer tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan pemain dari Georgia,Nicoloz Basilashvili 6-2, 6-1 dan 6-2 untuk memburu gelaran Grand Slam ke 18. 

Turut mara ialah pemain tuan rumah Nick Kyrgios yang berjaya mengalahkan pemain Sepanyol, Pablo Carreno Busta 6-2 7-5 6-2. 

Pilihan kesembilan dari Perancis, Jo-Wilfried Tsonga turut mengiringi pemain pilihan yang lain mara ke pusingan kedua selepas menundukkan lawannya dari Cyprus, Marcos Baghdatis dalam penentuan empat set 6-4,  4-6,  6-4 dan 6-2.

Sementara itu, pemain nombor satu dari Amerika Syarikat, Serena williams kembali bangkit daripada kecederaan untuk mengetuai saingan WTA. 

Serena Williams yang kali terakhir beraksi pada Terbuka Amerika September tahun lalu, kembali  memanaskan gelanggang Rod Laver Arena selepas hanya beraksi pada pusingan pertama Piala Hopman dua minggu lepas. 

Cuaca panas terik tidak menghalangnya untuk menghalang kemaraan lawannya Camila Giorgi  6-4, 7-5. 

Gambar : http://www.ausopen.com