Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

Liga Super - JDT 2 Pahang 0, Selangor 1 Perak 0 Dan PKNS 2 P. Pinang 0

KUALA LUMPUR - Keputusan Sepak Liga Super 2017.

Pendahulu liga; Johor Darul Takzim (JDT) mudah menundukkan tuan rumah, Pahang, 2 - 0 malam tadi dalam aksi di Stadium Darul Makmur Kuantan.

JDT mendapat gol seawal minit pertama perlawanan menerusi Gonzalo Cabrera dan Ignacio Insa Bohigues tambahkan gol kedua pada minit ke-85.

Perak pula kecundang di laman sendiri selepas tewas 0-1 dengan Selangor dalam pusingan pertama Liga Super di Stadium Perak.

Francis Forkey Doe menjaringkan gol tunggal untuk Selangor pada minit ke-62,

Pulau Pinang kalah 0-2 di tangan PKNS FC di Stadium Negeri, Batu Kawan Pulau Pinang.

(Sumber - Dalet Beritartm)