Sunday, May 31, 2020

updated 1:53 PM UTC, May 31, 2020

Kadar pematuhan PKP masih lagi 97 peratus

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 10 April - Kadar pematuhan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setakat semalam masih lagi berada pada tahap 97 peratus.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 666 individu kerana ingkar PKP, dengan 392 daripada mereka telah dikenakan kompaun RM1,000.

Sementara itu seramai 263 individu pula direman dan 11 orang diberi jaminan polis.

"Selepas ini PDRM akan membuat penambahan sekatan jalan raya dan rondaan di seluruh negara.

"Kita juga menjalankan kerjasama baharu dengan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk menambah sekaiatan jalan raya," jelasnya.

Setakat ini jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sejak 18 Mac hingga semalam adalah sebanyak 7,479 individu.