Thursday, August 22, 2019
updated 3:16 PM UTC, Aug 22, 2019

Datuk Ong Kim Swee Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Pengendali sementara Datuk Ong Kim Swee kini sah dilantik sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya untuk tempoh dua tahun akan datang. 

Kim Swee yang mula mengambil alih jawatan itu September lalu, mengenepikan dua lagi calon akhir jurulatih, Bojan Hodak dan Robert Alberts. 

Kim Swee menjadi pilihan utama 10 ahli panel berdasarkan pencapaiannya ketika menggalas tanggungjawab sebagai  jurulatih sementara menggantikan Datuk K.Rajagobal pada 31 Disember, 2013 untuk kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Australia. 

Beliau sekali lagi menggalas tanggungjawab tersebut menggantikan Dollah Salleh yang melepaskan jawatan selepas kekalahan memalukan 0-10 kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi, September lalu. 

Tugas utamanya ialah memperbaiki kedudukan skuad kebangsaan daripada rangking 171 kepada 140 .

Seterusnya menyiapkan Harimau Malaya menghadapi kejohanan Piala Suzuki Persekutuan Bolasepak Asia AFF bermula 28 November hingga 18 Disember nanti. 

Selain membantu Frank Bernhardt menyiapkan skuad bawah 23 tahun, Kim Swee juga akan membuat persediaan menghadapi saingan play-off Kelayakan Piala Asia 2019 pada 2 dan 7 Jun serta 11 Oktober.