Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

Obor Sukan SEA Ke-29 Kelilingi Pekan Gerik

GERIK - Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bersempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 peringkat daerah Gerik bermula di hentian bas Gerik, di sini.

Anggota Parlimen Gerik Datuk Hasbullah Osman mengetuai larian dengan membawa obor pada 9 pagi ini setelah pelepasan dilakukan oleh Pegawai Daaerah Gerik Zamakhshaari Hanipah.

Obor itu dibawa sejauh lima kilometer mengelilingi pekan Gerik dan larian tamat pukul 10 pagi tadi.

Gerik merupakan daerah ketujuh menjadi laluan Larian Obor KL2017 di negeri Perak bermula sejak 7 Julai lepas di Parit Buntar di dalam daerah Kerian.

Datuk Hasbullah berkata larian itu memberi peluang kepada penduduk setempat melihat obor Sukan SEA yang menjadi kebanggaan negara.

Beliau berkata setiap rakyat perlu memberikan sokongan kepada Malaysia yang menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 selain mengharapkan negara dapat memenangi banyak pingat pada temasya itu setelah menunggu obor sejak 17 tahun lepas.

Larian obor peringkat negeri Perak berlangsung di tujuh daerah iaitu di Kerian, Larut Matang Selama, Bagan Datuk, Batang Padang, Kuala Kangsar, Lenggong dan Gerik.

((BERNAMA))