Wednesday, August 23, 2017
vital-top
updated 7:57 AM UTC, Aug 23, 2017

WBO Sahkan Kemenangan Peninju Jeff Horn

PUERTO RICO - Pertubuhan Tinju Sedunia (WBO) mengesahkan kemenangan Jeff Horn ke atas lagenda tinju Filipina, Manny Pacquiao bagi merebut gelaran dunia kategori Welterweight, awal bulan ini.

Ia selepas WBO menjalankan analisis berikutan bantahan oleh kem Pacquiao .

Hasil kajian menerusi penelitian semula kiraan oleh pengadil, menonton semula rakaman perlawanan, serta penentuan pemenang setiap pusingan telah mengekalkan keputusan pengadil.


((AFP))