Saturday, August 19, 2017
vital-top
updated 3:02 AM UTC, Aug 19, 2017

Skuad Bola Tampar SEA, Dijanjikan Habuan Jika Raih Pingat

KUALA LUMPUR - Skuad bola tampar negara telah 15 tahun 'kemarau' pingat dan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA), tetap menjanjikan ganjaran wang, jika para pemainnya berjaya menaiki podium.

Berita gembira itu dikongsikan Presiden MAVA, Dr Gregory Hii, sebagai suntikan semangat buat pasukan bola tampar lelaki dan wanita kebangsaan.

Jika skuad itu berjaya mendapat pingat, beliau akan secara peribadi akan memberikan wang tunai.

(Sumber - beritanasionalrtm rasmi)