Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

KEPUTUSAN PERLAWANAN 3 PERLAWANAN PIALA FA MALAYSIA 2017

KUALA LUMPUR - Tiga perlawanan berlangsung malam tadi.

Pasukan Melaka United (MU) dalam kumpulan C Piala Malaysia berjaya kalahkan Kelantan 3-0 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput .

Pada minit ke-21 pemain import Crotia, Marko Simic menjaringkan gol pertama Melaka United selepas menerima hantaran jauh Surendran.

Gol kedua dijaringkan Surendran  pada minit ke-37 dan pada minit ke-50 selepas Fauzi berjaya merembat masuk gol ketiga untuk Melaka United.

Pasukan Selangor tewaskan Sarawak  2-1  di Stadium Negeri, Petrajaya. Francis Forkey Doe berjaya dapatkan gol pada minit ke-38. dan minit ke-64 untuk Selangor.

Sarawak merapatkan jurang gol menerusi jaringan Shreen.

Manakala Felda United kalahka  PKNS FC 2 - 1 di Stadium Shah Alam. Felda United mendapat gol pada minit kelima menerusi Zah Rahan Krangar.

PKNS menyamakan kedudukan menerusi Patrick Ronaldinho.

Augusto muncul wira untuk Felda United apabila berjaya jaringkan gol kemenangan pada minit ke-88. 

(Sumber - beritanasionalrtm rasmi)