Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

Olahraga : Wayde van Niekerk Catat Masa Terbaik Pusingan Dunia Dan Juara Acara 400 Meter

SWITZERLAND - Pemegang rekod dunia Wayde van Niekerk mencatat masa terbaik satu pusingan dunia baru dan muncul juara acara 400 meter pada kejohanan Olahraga Diamond League di Lausanne.

Manakala atlet veteran Amerika Justin Gatlin mencatat masa di bawah 10 saat untuk memenangi acara 100 meter.

Van Niekerk mencatatkan 30.81 saat untuk memadam rekod lama yang dipegang oleh lagenda Amerika Michael Johnson.

Sementara itu Gatlin, juara 100 meter Olimpik 2004 yang telah digantung dua tahun ekoran doping mencatat masa 9.96 saat.

 

Sumber : AFP