Wednesday, August 23, 2017
vital-top
updated 7:57 AM UTC, Aug 23, 2017

SUKAN SEA KL2017: Silat Sasar 8 Emas

GOMBAK - Kontinjen Silat Sukan Sea negara meletakkan komitmen penuh untuk mencapai sasaran 8 pingat emas pada temasya dwi tahunan itu Ogos nanti.

Bagi memastikan para pesilat bersedia sepenuhnya, dengan hanya berbaki dua bulan sebelum temasya berlangsung, Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) telah menghantar pesilat-pesilat berguru di Gunung Dalat Vietnam bermula 19 Jun lalu.

Bukan setakat itu, Setiausaha Agung PESAKA, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, pengorbanan Aidilfitri bersama keluarga juga terpaksa dilakukan apabila latihan itu berterusan sebaik pesilat pulang ke Malaysia 9 Julai ini.

Datuk Megat berkata demikian pada majlis Perasmian Kursus Wasit dan Juri Antarabangsa 2017 tahap 3 di Gombak, Selangor.

Sementara itu seramai 76 peserta dari 7 negara Asean yang menyertai kursus 5 hari sehingga 9 Julai ini, bakal mengadili acara silat pada temasya Sukan Sea Kuala Lumpur nanti.

Ia juga membuktikan silat semakin pesat di serata dunia dengan penambahan hampir seribu orang pengadil dari seluruh dunia.

Acara silat Sukan Sea nanti bakal mempertandingkan 20 kategori melibatkan 13 kategori lelaki dan 7 wanita.

(Sumber - Dalet Beritartm