Monday, August 21, 2017
vital-top
updated 4:33 AM UTC, Aug 21, 2017

Emmanuel Emenike Muktamad Pindah Ke Kelab Greece, Olympiakos

GREECE - Sementara itu, penyerang Nigeria, Emmanuel Emenike memuktamadkan perpindahan dari kelab Turki, Fenerbahce ke kelab Greece, Olympiakos .

Butiran terperinci mengenai perpindahan pemain berusia 30 tahun itu tidak didedahkan oleh pengurusan kedua-dua kelab.

Sementara itu, media tempatan melaporkan, Emenike menandatangani kontrak selama DUA tahun bersama Olympiakos .

Yuran perpindahan dilaporkan berjumlah 2.5-juta euro.

Sepanjang bersama Fenerbahce, dia sering dipinjamkan kepada kelab berpangkalan di Abu Dhabi, Al Ain; serta kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United.

 

Sumber : AFP