Wednesday, May 27, 2020

updated 10:23 AM UTC, May 27, 2020

Atlet, jurulatih sukan terima bayaran elaun latihan

  • Published in Sukan


KUALA LUMPUR, 5 April - Pembayaran elaun latihan kepada atlet dan jurulatih di bawah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) diteruskan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata sebanyak RM600,000 diperuntukkan pada Mac dan April dalam usaha menjaga kebajikan atlet dan jurulatih di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Bantuan itu diharap sedikit sebanyak dapat mengurangkan kegusaran 700 atlet dan 103 jurulatih di bawah MSWP dan mengekalkan motivasi jurulatih serta atlet untuk cemerlang di Kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-20 di Johor kelak.

Dalam pada itu, MSWP dan jurulatih sukan masing-masing turut menyediakan modul latihan yang bersesuaian untuk dilaksanakan oleh atlet di rumah