Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

Keputusan Tenis Wimbledon 2017

LONDON - Juara bertahan Andy Murray mara ke pusingan kedua dalam kejohanan Tenis Wimbledon.

Pilihan pertama yang juga pemain nombor satu dunia dari Britain itu mengalahkan pemain Kazakhstan, Alexander Bublik 6-1, 6-4, 6-2 .

Juara dua kali Rafael Nadal pula mencipta kemenangan ke-850 sepanjang kariernya untuk turut melangkah ke pusingan kedua.  Bintang Sepanyol itu menang 6-1, 6-3, 6-2 terhadap pemain Australia , John Millman.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pilihan kelima dari Switzerland, Stan Wawrinka apabila tersingkir.

Beliau tumpas 4-6, 6-3, 4-6, 1-6 kepada Daniil Medvedev dari Russia. 

Dalam saingan wanita, bekas pemain nombor satu dunia Victoria Azarenka berjaya mara pusingan kedua dalam kejohanan utama pertamanya sejak melahirkan anak Disember lepas. 

Pemain Belarus itu yang mencapai separuh akhir di All England Club pada tahun 2011 dan 2012, mengalahkan CiCi Bellis dari Amerika Syarikat 3-6, 6-2, 6-1.

Pilihan kedua Simona Halep dari Romania turut meneruskan saingan selepas mengetepikan Marina Erakovic dari New Zealand 6-4, 6-1. 

((AFP))