Wednesday, November 20, 2019
updated 12:42 PM UTC, Nov 20, 2019

Sukan SEA Filipina 2019, 70 peratus atlet dan pegawai sudah mendapatkan suntikan vaksin - ISN

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Menjelang Sukan SEA Filipina 2019. 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md Ramli menjelaskan ,70 peratus atlet dan pegawai sudah mendapatkan suntikan vaksin.

Manakala baki akan menerima suntikan mereka, pada awal November ini.

Beliau yang ditemui di Stadium MABA, mewakili Chief-de-Mission ke Sukan Sea, Datuk Megat Zulkarnain Omardin melawat pasukan bola keranjang negara, turut mengulas tentang sampel doping atlet negara.

Jelasnya, setakat ini pihak Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) sudah mengambil 200 sampel dalam kalangan atlet negara untuk diuji dan keputusan akan di ketahui November ini.

Ahmad Faezal turut mengingatkan atlet negara, berbaki kurang dua bulan sebelum Sukan Sea bermula, mereka diingatkan agar tidak mengambil sebarang makanan tambahan tanpa merujuk pihak berwajib.

Manakala undian untuk baki 5 sukan pula akan diketahui pada mesyuarat terakhir Chief-de-Mission yang akan diadakan pada 28 Oktober ini.

Lima jenis sukan tersebut ialah bola sepak, bola tampar, polo air, badminton dan hoki air.