Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Kuala Lumpur - Dua perlawanan berlangsung malam dan awal pagi tadi membabitkan pasukan ditangga ketiga Arsenal, Liverpool dan Manchester United. 

Keputusan penuh perlawanan ialah , Liverpool-0, Manchester United-1 manakala Stoke City menentang Arsenal dengan keputusan seri 0-0.    

Di Anfield,  jaringan tunggal Wayne Rooney minit ke 78 telah memalukan Liverpool dihadapan penyokong sendiri, 

sekaligus membolehkan United melonjak ke tangga kelima liga mengatasi West Ham United. 

Sebaliknya anak buah Louis Van Haal pula beraksi garang untuk menguji ketangkasan penjaga gol The Reds, Simon Mignolet dengan beberapa cubaan berbahaya. 

Namun Mignolet dan David de Gea masing-masing berjaya memastikan gawang mereka tidak dibolosi.

Pada separuh masa kedua, sepakan sudut oleh Juan Mata yang cuba dirembat oleh Maraoune Fellaini terkena palang gol. 

Bola muntah itu akhirnya singgah di kaki Wayne Rooney yang pantas disepak ke gawang untuk gol  tunggal perlawanan.      

Kemenangan memberikan United 37 mata, 7 mata dibelakang pendahulu ketika ini, Leicester City. 

Manakala Liverpool kekal ditangga kesembilan dengan 31 mata.