Friday, July 10, 2020

updated 10:55 AM UTC, Jul 10, 2020

PM tinjau sambil beli barang keperluan

  • Published in Berita Semasa


KUALA LUMPUR, 29 Mac
- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin pula meminta agar rakyat terus tenang dan tidak panik, kerana bekalan makanan masih mencukupi, sepanjang tempoh PKP.

Pagi tadi, beliau sempat ke salah sebuah pasar raya di ibu negara bagi membeli barangan keperluan sambil meninjau keadaan semasa.

Hasil tinjauan tersebut, beliau amat berpuas hati dengan bekalan disediakan pihak pasar raya dan kepekaan orang ramai mengamalkan tatacara di tempat awam seperti penjarakan sosial.

Justeru, beliau berharap amalan tersebut diteruskan sepanjang tempoh PKP, bagi mengelak penularan COVID-19, lebih serius.

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14 April ini.