Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

LARIAN OBOR SUKAN SEA KE 29 DAN PARA ASEAN KE 9

ALOR SETAR - Daerah Kuala Muda menjadi destinasi terakhir peringkat Negeri Kedah yang bermula sejak 17 Jun lalu. 

Kedah merupakan negeri ke lapan siri larian obor selepas Perlis.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Aminuddin Omar mengetuai larian membawa obor dari Amanjaya Mall menuju ke Menara Jam Besar, Sungai Petani.

Obor kemudian diserahkan kepada Timbalan Menteri Luar merangkap Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Rizal Merican Naina Merican mewakili Negeri Pulau Pinang.

Larian obor akan diteruskan di Pulau Pinang pada 3 hingga 6 Julai.

Sebelum ini, larian obor telah menjelajah ke daerah Jerlun, Langkawi dan Alor Setar.

Pulau Langkawi, antara salah satu venue bagi acara perahu layar.

(Sumber - Dalet Beritartm)