Friday, July 10, 2020

updated 10:55 AM UTC, Jul 10, 2020

Syarikat swasta sumbang pelbagai keperluan petugas barisan hadapan

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Dalam menghadapi wabak COVID-19, ramai pihak tampil menghulurkan pelbagai jenis bantuan kepada para petugas barisan hadapan di beberapa lokasi.

Terbaharu syarikat swasta, Malik Streams Corporation menyumbangkan sebanyak 200 helai sejadah kepada warga PDRM yang bertugas dan bertungkus lumus memastikan keselamatan rakyat terjamin berhubung dengan penularan wabak COVID-19.

Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Abdul Malik Dasthigeer, ini adalah salah satu inisatif dan tanggungjawab pihaknya sebagai badan swasta untuk membantu PDRM untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat.

Sumbangan diserahkan Datuk Abdul Malik kepada Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim di Ibu Pejabat Ketua Polis Kuala Lumpur.

Selain itu pihaknya juga memberi bantuan makanan dan minuman kepada warga Hospital Kuala Lumpur.

Dalam waktu terdekat ini, pihak syarikat sedang merancang untuk meluaskan lagi sumbangan pelbagai barangan keperluan di beberapa lokasi sekitar ibu negara dan di Hospital Selayang.