Tuesday, June 2, 2020

updated 10:45 AM UTC, Jun 2, 2020

Beberapa ketetapan diambil Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan negara ahli susulan penundaan

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan telah mengadakan persidangan video dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan beberapa negara ahli lain susulan penundaan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Dalam kenyataannya, 3 keputusan telah diambil iaitu Pasukan bertindak ditubuhkan mengandungi ahli IOC, Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 dan pemegang taruh lain, untuk menentukan dengan segera tarikh baharu Olimpik Tokyo dan perkara-perkara berkaitan operasi dan logistik.

Kebanyakan ahli katanya bersetuju untuk mengadakannya pada musim panas bukannya musim sejuk bagi memberi lebih banyak ruang masa untuk kelayakan dan persediaan atlet.

Hasil perbincangan itu juga kira-kira 57% dari 11,000 atlet yang menyertai yang telah pun layak diberi jaminan untuk menyertai sukan Olimpik tahun depan.

Selain itu juga Biasiswa Soladiriti Olimpik kepada atlet yang tamat pada Julai 2020, akan disambung sehingga tamat temasya itu nanti.

Malaysia kini mempunyai 14 atlet yang menerima biasiswa tersebut.

MOM juga katanya akan terus bekerjasama dengan IOC, Kementerian Belia dan Sukan dan Persatuan Sukan Kebangsaan untuk melindungi kepentingan atlet negara.