Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

Murray,Wawrinka Tersingkir Awal

LONDON -  Andy Murray mengalami kekalahan memalukan sebagai pilihan nombor satu dunia kepada pemain Australia, Jordan Thompson, sekaligus tersingkir di pusingan pertama Tenis ATP Queen's Club di London.

Bintang tuan rumah itu yang turut memburu gelaran kejohanan buat kali keenam tewas 6-7 2-6 terhadap pemain nombor 90 dunia itu. 

Nasib sama menimpa pemain nombor tiga dunia, Stan Wawrinka dan  pemain nombor enam dunia, Milos Raonic . 

Wawrinka kalah kepada pemain Sepanyol Feliciano Lopez 7-6 , 7-5. 

Manakala Raonic tewas 6-7 6-7 kepda pemain Australia, Thanasi Kokkinakis . 

((AFP))