Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

MORAIS KETUA JURULATIH BARU PASUKAN JDT

JOHOR BAHARU - Bekas pengendali kelab Portugal, SC Beira Mar, Ulisses Morais diumumkan sebagai Pengurus dan Ketua Jurulatih baharu pasukan kelab Johor Darul Takzim, JDT, menggantikan Benjamin Mora yang kembali ke JDT2.
 
Perkara itu diumumkan di laman facebook Johor Southern Tigers.

Jurulatih berusia 57 tahun dari Portugal itu dilantik berdasarkan pengalamannya melatih kelab divisyen utama dan kedua Portugal selain melahirkan ramai pemain ternama dunia.

Antara pasukan yang pernah dibimbing jurulatih berusia 57 tahun itu adalah Famalicao, Aves, dan S.C Beira Mar.

Pengalaman beliau diharap mampu membantu skuad Harimau Selatan mengharungi baki perlawanan liga serta kempen Piala Malaysia.

Terutama sekali mempertahankan kejuaraan liga Super.

Semalam, JDT mengumumkan Mora kembali membimbing JDT2 selepas separuh musim bersama pasukan utama. 

(Sumber - Dalet Beritartm)