Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

Tiote Diberi Penghormatan Tentera Semasa Upacara Pengebumian

ABIDJAN - Penyerang antarabangsa Ivory Coast, Cheick Tiote yang meninggal dunia secara mengejut pada usia 30 tahun diberikan penghormatan tentera pada upacara pengebumian di Williamsville, Abidjan.

Upacara itu dihadiri Perdana Menteri, Amadou Gon Coulibaly, beberapa anggota Parlimen, para pegawai Persatuan Bola Sepak Ivory Coast serta para pemain skuad kebangsaan.

 Tiote meninggal dunia pada 5 Jun lalu disebabkan serangan jantung semasa menjalani sesi latihan bersama kelabnya, Beijing Enterprises di China. 

((AFP))