Logo

MPM sokong Sukan Olimpik Tokyo 2020 ditangguh


SHAH ALAM, 26 Mac
- Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin menyokong penuh keputusan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), dan penganjur Tokyo 2020 menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo 2020, yang turut melibatkan Sukan Paralimpik Tokyo.

Susulan dari itu juga, beliau akan berbincang dengan Persekutuan Sukan Para Asean (APSF) bagi menentukan tarikh yang paling sesuai untuk menganjurkan Sukan Para ASEAN, yang tertangguh beberapa kali sebelum ini.

Mengenai persediaan kontinjen para untuk kedua-dua temasya itu, Datuk Seri Megat berkata, ia bukanlah satu masalah kerana modul latihan mengikut jadual yang ditetapkan dan akan berjalan seperti biasa sebaik tempoh perintah kawalan berakhir.

Beliau bercakap selepas menyampaikan sumbangan makanan untuk petugas PDRM di Shah Alam.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.