Saturday, August 19, 2017
vital-top
updated 3:02 AM UTC, Aug 19, 2017

KEJOHANAN TREK TERBUKA THAILAND - KUARTET 4 X 100M WANITA MALAYSIA PECAH REKOD KEBANGSAAN

BANGKOK - Skuad kuartet 4 kali seratus meter wanita negara cemerlang dengan berjaya meraih emas sekaligus mencipta rekod baharu kebangsaan dengan catatan masa 45.19 saat di Kejohanan Trek dan Padang Terbuka Thailand 2017 yang berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Thammasat.

Rekod baharu itu di peroleh menerusi acara larian berganti-ganti yang diwakili Samson Vallabouy, Siti Fatima Mohamad, S Komalam Shally dan Zaidatul Husniah Zulkifli.

Pingat perak menjadi milik Thailand dengan catatan 45.29 saat manakala gangsa milik Singapura.

Gandingan pelari kebangsaan itu berjaya memadam rekod lama 45.32 saat yang di cipta menerusi Siti Fatima, Zaidatul Husniah, Nurul Faizah Asma Mazlan dan S Komalam di Kallang pada Terbuka Singapura pada April tahun lalu.

(Sumber - Dalet Beritartm)