Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

Kontrak Puel Dengan Southampton Ditamatkan

LONDON - Claude Puel dipecat sebagai pengurus Southampton selepas hanya satu musim membimbing kelab itu. 

Pengumuman mengenainya dibuat oleh pengurusan Kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan.  

Kenyataan kelab itu mengesahkan, kontrak Puel ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.  

Puel, 55, memimpin Southampton menduduki tangga kelapan liga, musim ini selain muncul naib juara Piala Liga Inggeris. 

((AFP))