Saturday, August 19, 2017
vital-top
updated 3:02 AM UTC, Aug 19, 2017

Shahera Sambut Syawal Di Korea Selatan

KUALA LUMPUR - Bagi menyempurnakan misi dan menunaikan amanah negara, atlet menembak Shahera Rahim Raja rela mengorbankan sambutan Aidilfitri bersama keluarga tercinta  untuk  menjalani latihan di Korea Selatan sebagai persiapan rapi menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Shahera yang kini bersama skuad menembak negara sedang menjalani latihan di bumi ''kimchi''  sejak  17 Mei lepas sehingga  27 Jun ini, selain turut menyertai sekurang-kurangnya dua kejohanan di sana.

"Sedih kerana tidak dapat menyambut Ramadan dan Syawal bersama keluarga, namun demi mencapai  mencapai keputusan cemerlang pada Sukan SEA Kuala Lumpur,  saya kuatkan diri," kata pemenang pingat perak acara 10 meter (m) Air Riffle pada Sukan SEA Korat, Thailand (2007).

Selepas hampir 10 tahun tidak menyumbang pingat di Sukan SEA bagi kategori individu buat negara, Shahera berkata, acara 10m Air Riffle itu tetap menjadi keutamaannya untuk menyumbang pingat buat negara kali ini.

Shahera berkata  saingan utama skuad menembak pada KL2017  itu pastinya pasukan  Singapura yang mempunyai atlet bertaraf dunia.

((BERNAMA))