Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

Piala Asia 2019 : Harimau Malaya Tewas 2-1 Kepada Lebanon

JOHOR BAHRU - Harimau Malaya tewas 2-1 kepada Lebanon dalam kempen kelayakan bola sepak  Piala Asia 2019 Kumpulan B di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam tadi.

Harimau Malaya menyumbat gol awal permainan pada minit ke-42 melalui tendangan Mahali Jasuli  selepas bola terlepas daripada genggaman penjaga gol Lubnan Mehdi Kahlil apabila cuba menyelamatkan gawangnya daripada  sepakan  Mohd Syazwan Zainon.

Bagaimanapun, Lubnan menyamakan kedudukan pada minit ke-79 menerusi tendangan yang mengelirukan di sebelah kiri gawang oleh pemain tengahnya Rabih Ataya yang menewaskan penjaga gol Malaysia, Khairul Azhan Mohd Khalid.

Ataya menjaringkan gol kemenangan buat Lubnan pada masa kecederaan di babak kedua menerusi tendangan leret dan sekali gus mematahkan harapan skuad Harimau Malaya untuk bangkit menyamakan kedudukan.

Lubnan  menjadikan  pendahulu Kumpulan B dengan mengutip enam mata.


Sumber : BERNAMA