Logo

Keputusan penganjuran Sukma Johor 2020 diketahui esok

PUTRAJAYA, 24 Mac - Satu telesidang video akan dilakukan esok bagi membincangkan kedudukan penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 di Johor.

Perkara itu dinyatakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi laman twitternya.

Menurut beliau, Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA itu akan disertai oleh 14 Exco Belia dan Sukan Negeri.

Ini termasuk Johor selaku penganjur SUKMA 2020 dan pemegang taruh yang lain.

Ujarnya, penangguhan SUKMA merupakan antara perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

Tambah beliau, implikasi dan aspek yang akan diambil kira adalah persiapan atlet, cabaran dan kekangan teknikal penganjuran, pandangan serta kekhuatiran pihak penaja untuk aktiviti promosi, pemasaran, liputan media dan program pra-Sukma yang berkaitan.

Temasya dwitahunan tersebut dijadual berlangsung dari 11 hingga 19 Julai ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.