Monday, August 21, 2017
vital-top
updated 4:33 AM UTC, Aug 21, 2017

Jenazah Tiote Dijadual Tiba Di Ivory Coast Khamis Ini

IVORY COAST - Persekutuan Bola Sepak Ivory Coast memaklumkan jenazah allahyarham Cheick Tiote dijadual tiba di tanahairnya Khamis ini. 

Allahyarham akan diberi penghormatan terakhir oleh bekas rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan. 

Tiote meninggal dunia 5 Jun lalu pada usia 30 tahun selepas tiba-tiba rebah ketika menjalani sesi latihan bersama kelab divisyen dua China, Beijing Enterprises. 

(( AFP ))