Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

MELAKA UNITED BAWA MASUK PEMAIN BAHARU

MELAKA - Pasukan Melaka United mengumumkan lapan pemain baharu yang ditandatangani pada jendela perpindahan kedua musim ini, bagi mengharungi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia. 

Daripada senarai itu, Melaka United membawa masuk tiga pemain import baharu dan lima pemain tempatan.

Pemain import yang dibawa masuk ialah bekas tonggak import Negeri Sembilan dari Croatia, Marko Simic, pemain dari Brazil, Filipe de Almeida Souza dan pemain dari Macedonia, Jasmin Mecinovic.

Turut dibawa masuk, tiga pemain yang dipinjamkan dari JDT 2 iaitu Mohamad Fandi Othman, Nicholas Swirad dan Azinee Taib... selain S. Sivanesan dari PKNS FC dan bekas pemain tengah Perak, Nur Hakim Isa.


(Sumber - beritanasionalrtm rasmi)