Sunday, September 24, 2017
vital-top
updated 3:13 PM UTC, Sep 23, 2017

Tenis Terbuka Perancis - Nadal Kalahkan Stan Wawrinka Untuk Memenangi Kejohanan Ini Buat Kali Ke-10

PARIS - Rafael Nadal, pemain dari Sepanyol mencipta sejarah dengan memenangi buat kali ke-10 gelaran Tenis Terbuka Perancis dengan kemenangan ke atas Stan Wawrinka dalam perlawanan akhir.

Nadal, 31, menang mudah 6-2 6-3 6-1 menentang pilihan ketiga Switzerland untuk menuntut gelaran itu.

Dengan kemenangan ini, beliau telah menang  15 gelaran Grand Slam, satu di depan Pete Sampras dan hanya tiga di belakang Roger Federer yang telah menang 18 gelaran Grand Slam..

Seterusnya, dalam masa tiga minggu adalah pertandingan Wimbledon yang mana Nadal pernah menjadi juara pada tahun 2008 dan 2010 dan naib juara pada 2006, 2007 dan 2011.

(Sumber - AFP)