Saturday, 15 August 2020

updated 11:57 AM UTC, Aug 15, 2020

COVID-19: Bekas presiden Real Madrid meninggal dunia

  • Published in Sukan



SEPANYOL, 22 Mac
- Bekas Presiden Real Madrid, Lorenzo Sanz meninggal dunia pada usia 76 tahun akibat COVID-19.

Perkara itu disahkan divisyen bola sepak professional Sepanyol, La Liga.

Sanz pernah berkhidmat bersama Real pada tahun 1995 hingga tahun 2000.

Beliau digegaskan ke hospital ekoran demam dan sejurus kemudian disahkan positif pandemik berkenaan.

La Liga dalam kenyataannya turut menyampaikan takziah ke atas kematian Lorenzo Sanz, yang telah berkongsi mutu kerja cemerlang dan persahabatan erat yang terjalin.

Pihaknya turut berkongsi kehilangan yang dialami, khususnya Real Madrid yang pernah bersama untuk bertahun-tahun.