Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

Tenis Terbuka Perancis - Nadal Mara Ke Final, Murray Kalah Kepada Stan Wawrinka

PARIS - Rafael Nadal mara ke peringkat final pertandingan Tenis Terbuka Perancis dengan mengalahkan Dominic Thiem dari Austria 6-3 6-4 6-0, dan akan menjadi pemain pertama dalam era terbuka untuk memenangi 10 gelaran pada satu Grand Slam jika beliau dapat kalahkan Wawrinka pada peringkat final.

Andy Murray kalah kepada pilihan ketiga Swiss Stan Wawrinka dalam separuh akhir dengan 6-7 (6-8) 6-3 5-7 7-6 (7-3) 6-1 dalam masa empat jam dan 34 minit.

Wawrinka mungkin berpeluang  menambah gelaran Roland Garros kedua selepas kemenangannya pada tahun 2015 jika beliau dapat mengatasi Rafael Nadal di peringkat final.

(Sumber - AFP)