Tuesday, March 31, 2020

updated 2:27 PM UTC, Mar 31, 2020

E-sukan FIFA20 tawar hadiah wang tunai dalam usaha sokong kerajaan kuatkuasa PKP

  • Published in Sukan

 

KUALA LUMPUR, 22 Mac - Persatuan Esports Kuala Lumpur (ESKL) menawarkan insentif lumayan sebagai langkah menyokong usaha kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac.

Insentif itu berupa hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM3,000 dengan menyertai kejohanan E-sukan FIFA20.

Menurut Presiden ESKL, Hisham Darus, kejohanan yang dikenali sebagai Piala Komuniti Esports KL dijalankan sepenuhnya dalam talian dengan kerjasama Gamesbond dan Living Minds.

Mengulas lanjut, ia bagi membantu para peminat sukan elektronik untuk terus bersaing secara kompetitif disamping mematuhi perintah kerajaan membendung penularan pandemik.

Tambah Hisham, kejohanan itu mempunyai 2 peringkat iaitu sesi kelayakan pada 28 Mac dan final pada 29 Mac.

8 pemain yang dipilih di setiap peringkat kelayakan akan bersaing dipentas akhir.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman Facebook ESKL.