Friday, December 13, 2019
updated 1:02 PM UTC, Dec 13, 2019

Mengekalkan prestasi dan momentum adalah tugas utama ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Mengekalkan prestasi dan momentum adalah tugas utama ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi selepas berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020. 

Atlet berusia 25 tahun itu menamatkan penantian 16 tahun untuk mewakili negara ke temasya tersebut.

Beliau ditemui media di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, KLIA selepas pulang dari Stuttgart, Jerman.

Farah layak ke temasya terbesar dunia itu selepas mengumpul keseluruhan 49.898 mata pada pusingan kelayakan acara all-around individu di Kejohanan Gimnastik Dunia 2019.

Kali terakhir gimnas negara beraksi di temasya Olimpik adalah menerusi gimnas lelaki Ng Shu Wai di Athens 2004 manakala gimnas wanita pula menerusi Alexina Au Li Yen di Sydney pada tahun 2000.