Sunday, September 24, 2017
vital-top
updated 3:13 PM UTC, Sep 23, 2017

Cristiano Ronaldo Kekal Atlet Terima Gaji Tertinggi Menurut Majalah Forbes

WASHINGTON - Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo kekal sebagai atlet yang menerima gaji tertinggi, menurut majalah Forbes. 

Beliau memperoleh 93 juta dolar setahun. 

Jumlah itu mengalahkan bintang bola keranjang, LeBron James yang meraih 86.2 juta dolar. 

Turut tersenarai, bintang Barcelona, Lionel Messi yang menerima pendapatan 80 juta dolar setahun. 

Menurut Forbes, jumlah tersebut termasuk gaji, hadiah wang tunai dan bonus yang diperoleh antara 1Jun 2016 sehingga 1 Jun 2017.

 

Sumber : AFP