Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

Tenis Terbuka Perancis - Nadal Dan Murray Mara Ke Separuh Akhir, Djokovic Terkeluar

PARIS - Rafael Nadal dan Andy Murray mara ke separuh akhir, manakala juara bertahan dan pemain nombor dua dunia Novak Djokovic terkeluar apabila tewas kepada  Dominic Thiem dalam pertandingan Tenis Terbuka Perancis.

Nadal, yang mengejar gelaran Roland Garros ke-10, akan menghadapi Thiem yang berusia 23 tahun itu dalam peringkat separuh akhir. Beliau mendahului Pablo Carreno Busta, 6 - 2, 2- 0,apabila rakan senegara Sepanyol beliau terpaksa berhenti akibat kecederaan abdomen.

Murray mara ke separuh akhir buat kali kelima dengan kalahkan pemain dari Jepun, pilihan kelapan Kei Nishikori. dengak skor  2-6, 6-1, 7-6 (7/0), 6-1. 

Andy Murray yang menjadi naib juara kepada pada tahun 2016 akan menentang juara tahun 2015, Stan Wawrinka yang juga mara ke peringkat separuh akhir.

Novak Djokovic tersingkir apabila kalah dengan kerugian 7-6 (7/5), 6-3, 6-0 kepada Dominic Thiem.

(Sumber - AFP)