Friday, December 13, 2019
updated 1:02 PM UTC, Dec 13, 2019

Sukan SEA 2019: Skuad Lawan Pedang tidak letak sebarang sasaran

  • Published in Sukan

BUKIT JALIL - Skuad Lawan Pedang tidak mahu memikirkan soal sasaran pingat dalam temasya Sukan SEA di Filipina nanti.

Presiden Persekutuan Lawan Pedang Malaysia, Rusni Abu Hassan berkata tidak banyak persiapan boleh dilakukan selepas lawan pedang tidak lagi berada dalam program pembangunan Majlis Sukan Negara (MSN) sebaik tamat edisi Sukan Sea Kuala Lumpur, 2 tahun lalu.

Menurut beliau pihaknya hanya mengharapkan bantuan RM55,000 daripada MSN selain penajaan korporat bagi memastikan pasukannya bersedia menghadapi sukan SEA.

Tambahnya hanya seorang atlet lawan pedang layak beraksi dalam kategori A manakala 21 atlet lagi dalam kategori B, memaksa persekutuan berusaha keras dalam memastikan persediaan lancar.

Rusni bercakap dalam sidang media Team Malaysia Sukan SEA 2019 di MSN, Bukit Jalil.

Acara lawan pedang akan bermula 3 Disember dengan menawarkan 12 pingat emas.