Friday, November 22, 2019
updated 4:01 PM UTC, Nov 22, 2019

Persatuan Sukan Orang Pekak yakin empat pingat emas mampu diraih pada Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pacific

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Persatuan Sukan Orang Pekak yakin empat pingat emas mampu diraih pada Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pacific di Hong Kong November depan.

Menurut Presidennya, Ong Shinruenn sasaran tertumpu kepada acara badminton, olahraga, tenpin boling dan bola sepak.

Kontinjen OKU pekak bakal menghantar 90 atlet yang akan mengambil bahagian pada temasya itu.

Beliau ditemui selepas majlis penajaan pihak Tan Chong Motor kepada Persatuan Orang Pekak di ibu negara.

Selain itu, orang ramai yang ingin memberi sumbangan kepada persatuan boleh salurkan ke akaun tertera.